Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang disering ditanya:

Apakah I-SERVICES?

I-SERVICES adalah perkhidmatan online yang disediakan oleh MDKS kepada penduduk-penduduk Kuala Selangor untuk membuat semakan/pembayaran akaun secara online tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan MDKS.

Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan?

Buat masa ini, perkhidmatan berikut disediakan (perkhidmatan lain akan ditambah dari semasa ke semasa):

Siapa Yang Boleh Mendaftar?

Sesiapa sahaja boleh mendaftar, apa yang diperlukan cuma nombor kad pengenalan tuan/puan serta alamat email yang sah.

Kenapa Nombor Kad Pengenalan Diperlukan Untuk Mendaftar?

Nombor kad pengenalan tuan/puan akan digunakan untuk menyemak akaun tuan/puan dengan pangkalan data MDKS. Ini akan membolehkan data akaun tuan/puan disambungkan kepada sistem I-SERVICESM.

Kenapa Alamat Email Diperlukan Untuk Mendaftar?

Email tuan/puan akan digunakan sebagai saluran komunikasi diantara I-SERVICES/MDKS dengan tuan/puan. Tanpa alamat email yang sah MDKS akan menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan tuan/puan secara efisien.

Adakah Pendaftaran Memerlukan Sebarang Bayaran?

Perkhidmatan I-SERVICESM adalah percuma, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Ia hanyalah usaha MDKS untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan untuk tuan/puan.

Adakan Pendaftaran Diwajibkan?

Pendaftaran adalah tidak wajib. Namun jika tuan/puan tidak mendaftar maka tuan/puan perlu ke kaunter perkhidmatan MDKS untuk berurusan dengan MDKS.