• 1Jadual Tempahan
  • 2Pengesahan
  • 3Terma
  • 4Bayaran
  • 5Cetak Resit
 
 
Sila tunggu, sedang mengesahkan tempahan tuan/puan...

A. Permohonan

  1. Kebenaran untuk menggunakan Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kuala Selangor hendaklah dibuat di MDKS dengan menggunakan Borang Tempahan Dewan, atau menggunakan perkhidmatan online laman web MDKS.
  2. Penggunaan dewan perlu mendapat kelulusan Pegawai Penilaian Dan Pengurusan Harta terlebih dahulu.
  3. Permohonan tempahan dewan untuk semua majlis hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh penggunaan dewan.
  4. Permohonan bagi acara tari-menari atau Live Music yang mengenakan bayaran kepada penonton/tetamu perlulah menghantar borang permohonan bersama surat kebenaran daripada pihak polis dan lesen daripadan Jabatan Perlesenan MDKS.

B. Bayaran

  1. CAGARAN perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan diluluskan.
  2. Pembayaran SEWA perlu dijelaskan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penggunaan. Sekiranya tiada pembayaran, pihak Majlis berhak membatalkan permohonan tersebut.
  3. Sekiranya tempahan dibatalkan melebihi 30 hari darpada tarikh penggunaan, maka wang cagaran dan sewa akan dikembalikan sepenuhnya.
  4. Jika tempahan dibatalkan kurang dari 30 hari dari tarikh penggunaan, hanya wang cagaran tidak akan dipulangkan.
  5. Sebarang penundaan atau penangguhan tarikh penggunaan dewan yang ditempah juga adalah tertaluk kepada syarat di atas.
  6. Penyewa diwajibkan mengemukakan resit cagaran kepada pengawai bertugas semasa membuat bayaran penyewaan. sekiranya pemohon gagal berbuat demikian, pemohon dikehendaki mengemukakan akuan bersumpah.
  7. Sebarang pengurangan dan pengecualian kadar sewa perlu mendapat kelulusan Yang Dipertua atau wakil yang diberi kuasa.

C. Syarat-Syarat Penyewaan

  1. Pengguna hendaklah menjaga kebersihan harta-benda milik Majlis dan hendaklah membersihkannya kembali selepas penggunaan.
  2. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kerosakan harta benda yang berlaku semasa aktiviti berjalan. Pemohon juga dikehendaki membayar gantirugi sebagaimana yang dituntut oleh MDKS. Wang cagaran juga akan dipotong mengikut taksiran kerosakan.
  3. MDKS tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kemalangan atau kecederaan diri semasa aktiviti berjalan.
  4. Pemohon perlu memastikan tiada aktiviti memasak bahan makanan dan merokok di dalam kawasan dewan.
  5. Pihak MDKS tidak menyediakan kerusi meja dan alat sistem P.A.
  6. Segala bentuk minuman keras dan makanan haram disisi Islam adalah dilarang dibawa masuk ke dalam kawasan dewan.
  7. Pengguna hendaklah mengosongkan dewan termasuk orang-orang, perkakas dan sebagainya tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat masa sewaan. Jika tidak bayaran SEWAAN BERGANDA BAGI 1 JAM daripada tamat masa sewaan dikenakan.
  8. Pengguna tidak dibenarkan menjalankan apa jua bentuk perniagaan atau promosi di sekitar kawasan dewan kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua Majlis atau wakilnya.
  9. Majlis tidak bertanggungjawab ke atas risiko kegagalan kuasa eletrik dan perkara-perkara luar jangkaan.
  10. Pengguna adalah dilarang mempamer gambar, kain rentang atau iklan diluar atau di persekitaran kawasan dewan. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada Yang Dipertua dan Jabatan Perlesenan terlebih dahulu.
  11. Resit cagaran ASAL hendaklah disertakan semasa memohon pemulangan wang cagaran selepas tarikh penggunaan, sekiranya gagal pemohon dikehendaki mengemukakan Akuan Bersumpah.
  12. Penyewa juga hendaklah mengemukakan pengembalian wang cagaran sebelum/pada tiga puluh (30) hari selepas daripada tarikh penggunaan. Kegagalan penyewa berbuat demikian menyebabkan wang cagaran berkenaan lupus.
  13. Yang Dipertua, MDKS atau wakilnya berhak MEMBATALKAN KEBENARAN yang telah diberi kepada pemohon dengan serta-merta pada bila-bila masa sekiranya ada Majlis Rasmi anjuran Kerajaan/Majlis dan kepentingan awam secara mengejut. Segala bayaran yang telah dibuat akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang FAEDAH atau GANTIRUGI dengan syarat pengguna mengemukakan resit asal.

D. Kadar Sewa

Bil. Jenis Kegunaan Waktu Kadar Sewa
1 Latihan Badminton - Orang Ramai 8.00 pagi - 11.00 malam RM8.00 sejam
2 Latihan Badminton - Murid Sekolah 8.00 pagi - 5.00 petang RM3.00 sejam
3 Jamuan makan malam / perkahwinan / mesyuarat / perhimpunan / pameran temuduga / sukan dan lain - lain. Isnin - Jumaat RM400.00 (minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 100.00 cagaran
4 Jamuan makan malam / perkahwinan / mesyuarat / perhimpunan / pameran temuduga / sukan dan lain - lain. Sabtu - Ahad RM500.00 (minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 100.00 cagaran
5 Pertunjukkan pentas yang dikenakan bayaran. Isnin - Jumaat RM400.00 (minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 200.00 cagaran
6 Pertunjukkan pentas yang dikenakan bayaran. Sabtu - Ahad RM500.00 (minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 200.00 cagaran
7 Penghawa dingin.
  • Dewan Dato Hormat Tg. Krg.
  • Dewan Sri Siantan
  • Dewan Bestari Jaya
RM 50.00
Sila tunggu, sedang membuat pengiraan bayaran...
Sila tunggu, sedang membuat bayaran...